PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG NUANG UNTUK BEGINNER

Hai semua. 


Dah lama tak menulis, harini aku excited nak menulis sebab ini pengalaman pertama aku daki gunung, walaupun peristiwa ni sudah berlalu agak lama tapi izinkan aku nukilkan disini as kenangan.

Orang lain yang dah pernah naik angsi, datuk, kerunai pun ada ye yang tak berani nak naik Nuang ni. Aku yang tak pernah naik gunung ni plak selamba badak je join.

Tahu tak kenapa? Sebab aku ni NOOB!!!! Aku sedar diri aku ni newbie tak tahu pon macamana susahnya daki gunung ni. Lepas tu, aku plak masa tu takde lagi kawan hiking melainkan dia ni. Yang dia ni plak yakin je aku boleh hike padahal.. haaaa amik nok nyesal tak aku join?.... hahaha. 

Dah lah masa tu badan aku tak fit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku ni bukan jenis yang exercise. Senang cerita aku ni banyak ternak lemak je kat rumah. Jogging? Euu tak larat. Zumba? Malaslah. Gym? Hello tak nak.. Hah macam tu lah aku dulu.. sekarang pun still malas cuma dah kurang sikit semenjak nak aktif hiking ni kan. 

Eh, tapi takdelah aku seego tu unutk tidak exercise ya bila aku buat keputusan untuk naik Nuang ni. 
Aku ada lah kadang-kadang tu jogging tapi tak jauh lah.. Paru-paru pon masih size normal. Baru lari 10langkah dah benti semput. Tapi ku gagahkan juga exercise. kat tempat kerja, aku naik tangga je 8 tingkat pun aku redah je walaupun itu sekadar membantu 1% je. 

Trip aku ni bermalam so 2 hari 1 malam. Boleh je kalau nak day hike.

Jadinya bila bermalam ni, maka kenalah bawa load. Aku ni dah lah tak pernah hiking gunung apatah lagi nak bawa load. Jadi korang faham-faham je lah kelajuan aku tu sama level dengan kura-kura.

Kami mula hiking jam 11am kalau tak silap. Aku sampai ke Kem Lolo jam 2pm. So masa yang diperlukan untuk aku ialah 3 jam. Orang lain mungkin 1 jam setengah je, sampai turn aku 3 jam amek nokkk. Hahaha..

Dari entrance sampai lah nak start masuk hutan tu kan.. Kena lalu jalan tar dulu. Masa tu pon aku dah pancit weh. Maksudnya aku tak cukup nafas lah sebab hiking naik gitu memang lemah lah aku...Banyak gak aku minum air. 

Sampai je Kem Lolo tu kan. Ya Allah bahagianya boleh rehat kejap.. Tapi sebab orang lain dah lama sampai, so dorang tak lama lah kat situ. Masa tu aku just duduk rehat kejap then solat. Aku tak lunch sebab masa tu rasa takde selera nak makan plus aku fikir ni kalau aku makan ni, mesti lambat. Yelah aku memang makan lambat weh... Masa tu tak terlalu lapar tapi aku lupa yang aku patot topup tenaga sebelum aku sambung hiking.


Masa tu aku tak tahu pun berapa lama lagi aku kena hiking. Haha nampak tak aku ni no idea langsung. Kalaulah aku tahu aku akan hiking lagi 3 jam, memang aku makan dah masa kat kem Lolo tu.

Takpelah, dah aku tak makan kan. Aku pon teruskan perjalanan ke Kem Pacat. Sebab kat situlah kami akan bermalam. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat juga mengambil masa 3 jam untuk aku sampai.

Trek Lolo ke Pacat lebih mencabar tetapi bagi aku masa tu yang NOOB tu. Oo macam ni ke? Trek dia tak banyak batu pun. Lebih kepada tanah liat ape ke namanya.

Oh lupa nak bagitahu, masa otw tu hujan tapi taklah terlalu lebat. Cepat-cepat aku pakai raincoat merangkap windbreaker yang aku baru beli hanya semata untuk Nuang ni. Ceh perlu ke bagitahu... hahaha.

Aku sampai ke Kem Pacat jam 6.30pm. Disebabkan aku tak makan nasi masa kat Lolo, jadinya sampai je aku terus makan. 

Kawan-kawan perempuan aku rupanya tengah tunggu aku sampai untuk pergi mandi sama-sama. 
Ya Allah, aku rasa bersalah sangat sebab sidai dorang lama sangat. 

Mula-mula aku cakaplah yang korang pergilah mandi. AKu takpe je tak mandi. Aicewahh yakinnya aku tak nak mandi masuk hutan dengan busuk-busuk hiking 6 jam tu kau ada hati tak nak mandi mira oiiii??? Lempanglah aku tariklah tudung aku biar aku sedar diri sikit. ..Hahaha.

Selepas mereka yakinkan aku yang dorang sangggup tunggu aku habis makan. Maka aku pon makanlah laju-laju walaupun takde selera tapi lapar. Siap je makan, aku terus bukak beg, ambil baju nak mandi dan ajak dorang mandi. Sebab hari pun dah hampir gelap kan.

Seram juga ya bila difikirkan sebab masa tu dah nak maghrib dan boleh plak aku dan kawan-kawan pergi mandi. Punca air yang terdekat aku ingatkan dekat rupanya boleh tahan juga nak menapak tu. Dah lah pakai kasut biasa je. member tu pakai selipar jepun je weh. Aku ni mengucap je nak melangkah tu sebab risau tergelincir terjatuh kang 1 keje plak nak cari aku kat bawah gaung tu. Seram mat.

Selesai mandi, kami naik semula ke kem. Eh lupa plak, masa dah nak siap mandi tu kan. Hujan turun weh. So seluar bersih yang aku pakai lepas mandi tu pon ikut sama basah. Lebih basah lagi bila dalam khemah pun basah dan aku bantai duduk je dalam khemah tu. 

Maka aku pon berada dalam kesejukan. Nak tahu apa lagi sedih? Itu je seluar yang aku ada dan 1 lagi seluar hujan yang terbuka kat bahagian zip tu. Mula-mula aku tahan lah sejuk tapi setelah setengah jam ke sejam camtu. Aku tak tahan wehh. So aku pakailah seluar hujan tu sebab tu je seluar kering yang aku ada. Bahagian atas aku tak sejuk sebab aku bawa baju heattech ultra warm uniqlo mak nok yang patutnya dipakai masa winter. Hahaha.

Malam tu, aku dan kawan aku sorang ni, kami tidur di luar khemah sebab dalam khemah kan basah. Sejuk masa tu tak yah ceritalah. Aku redha dan pasrah je berselimutkan sleeping bag. Mungkin ada lah aku terlena 5 minit, selebihnya pejam mata je.

Rupanya bukan aku je yang takleh tidur, kawan-kawan yang lain pun takleh. Tapi aku cam pelik gak apehal korang takleh tidur sedangkan korang dalam khemah kut, ada yang tidur kat hammock. Ni kalau aku tidur dalam khemah ni mesti nyenyak dah tidur. Sedangkan aku baring kat open space pun boleh terlelap jugak. hahaha. Tak kisahlah tu masing-masing.

Ok sambung, pukul 2am camtu kot, sebab semua takboleh tidur, so dorang pun masaklah apa yang ada. Aku ni pagi-pagi memang jenis tak biasa makan. Masa tu aku fikir nak rehat je sebab risau aku tak cukup tenaga esoknya. Kawan-kawan aku yang lain tu mungkin dah biasa masuk hutan kan. Aku ni first time kot, mestilah lemah sikit dah lah 'manje'.


Pagi tu pukul 5am, dorang nak naik ke Puncak pengasih dan puncak nuang. Aku masa tu surrender weh tak nak naik. Sebab aku tak yakin dengan diri aku. Entahlah rasa macam loser giler!!! Serius self esteem aku low giler masa tu tak tahu pasai pa. Dia macam kau belum berjuang tapi dah mengalah. Tapi takpelah benda dah lepas kan. Lepas ni memang taklah aku nak surrender awal-awal melainkan aku injured.


So aku takat Pacat je lah. Tak naik sampai nuang. Sementara tunggu kawan-kawna aku turun tu. Aku pon apelagi tidurlah kat khemah kawan aku sorang ni. Aku tumpang khemah dia. Ya Allah nikmatnya tidur dalam khemah!!!!

Lena weh aku tidur. Aku terjaga pun sebab dengar bunyi kat luar ada orang mai. Aku pon bangunlah dengan kemas-kemas sikit. Tak sempat nak kemas habis, satu persatu kawan aku pon turunlah ke kem. 

Kami pon kemas-kemaslah  barang. Jam 12 camtu kot. Kami gerak ke Lolo. Oh masa nak turun tu kan, lain plak pengalamannya, almaklumlah aku ni daki gunung pun first time apatah lagi nak turun gunung pun first time. 


Entahlah aku rasa aku ni macam OVER hati-hati bila melangkah tu sebab takut jatuh tergelincir dan injured. yelah kalau aku cedera kang lagi lah aku susahkan orang kan. So baik aku hati-hati. Sedangkan aku dah hati-hati pun aku nak tergelincir, inikan plak kalau aku tak hati-hati or nak cepat je, haha memang tempah lah ceritanya.

Sampai ke lolo dalam jam 4 kalau tak silap. Rehat, makan, solat, cuci apa yang patut. Kemudian gerak balik. Nak turun tu 2 jam lebih jugak. Kami sampai ke entrance dalam jam 7pm. Agak lama kan? Aku tak nak cerita lah apa yang jadi tapi itulah ceritanya.....


Ok... So lesson learned from this trip are:

1- Jangan cepat mengalah sebelum berjuang- sama seperti cinta kita. Aku takkan mengalah untuk orang yang aku cintai melainkan dia sendiri yang mengalah. Eh tiberrr. Aku gurau je.. sila abaikan..

2. Makan sebelum berjuang - ni penting, benda yang kau tahu perlukan tenaga maka berilah badan tu tenaga secukupnya.

3. Ada nak nasihat aku tak? 




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement