Tren Khas My Sawadee KTMB Dari KL Sentral ke Hatyai 2023

Hai semua. 

Bermula September 2022, KTMB ada membuat tren khas terus ke Hatyai dari KL Sentral pada masa-masa tertentu. Baca sampai habis untuk tahu bila tren khas ini dijangka ada... 

Tren pertama pada hari Malaysia tahun lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. BACA SINI. 

Masa perjalanan sekitar 10 jam termasuk cop passport. 




HARGA TIKET

Sehala:

Seat biasa (duduk) : RM75 - ada 240 tempat duduk
Sleeper (bawah) : RM97
Sleeper (atas) : RM89



INFO PENTING YANG ANDA PERLU TAHU

1. Tiada harga kanak-kanak. Jadinya perlu bayar dengan harga dewasa. 

2. Tren ini TERUS (direct) ke Hatyai, tetapi akan berhenti di Padang Besar untuk cop passport di Imigresen Malaysia dan Thailand.

3. Tren khas ini hanya ada SATU masa pergi dan SATU masa pulang. 

4. Tiket boleh dibeli sehala atau dua hala. 

5. Pembatalan tiket dibenarkan, mengikut terma dan syarat.

6. Harga tiket hanya untuk tren, tidak termasuk harga jalan-jalan di Hatyai.


CARA BELI TIKET TREN KHAS MY SAWADEE
Boleh beli di laman sesawang rasmi KTMB, applikasi KITS, kiosk dan kaunter tiket KTMB. 

SEJARAH TREN KHAS MY SAWADEE
1. Edisi Pertama sempena Hari Malaysia (15-18 September 2022)
2. Edisi Kedua sempena Hari Deepavali (21-25 October  2022)
3. Edisi Ketiga (Disember Mania) , ada 3 tarikh 9,23, dan 30 Disember 2022)
4. Edisi Keempat sempena Thaipusam pada (3-6 Januari 2023).
5. Akan datang... 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement