TRIP DIY TURKIYE 'BACKPACKERS' FRIENDLY 12H11m

TRIP DIY TURKIYE 'BACKPACKERS' FRIENDLY 12H11m RM5,408

Trip ni tiada sewa kereta, semua naik public transport.




1. Cover Istanbul- Cappadocia- Konya-Isparta- Denizli. Bursa pada mulanya ada dalam list tapi/ skip sebab takde salji. 

2. Kesemua tempat ni adalah tourist spot yang biasa dibawa oleh syarikat travel. Saya pilih tempat-tempat ni sebab saya bawa mak yang pertama kali ke Turkiye. 

3. Highlight trip ni masa kat Konya sebab boleh tengok tarian sufi di Mevlana Cultural Centre, bagi saya ianya bermakna sebab pertunjukan ni hanya ada setiap Sabtu. Di negeri lain pun ada je tarian ni tapi feel dia lain bila tengok kat negeri Sufi tu sendiri.


4. Selain tu, di Isparta sebenarnya tiada apa yang menarik kalau musim sejuk., kami ambil kesempatan ni untuk jalan-jalan di shopping mall Turkiye memandangkan di tempat lain agak jauh nak pergi. 

Disini juga anda boleh borong barang berasaskan rose dan lavender dengan harga yang sangat-sangat murah. 1 botol rose water tu cuma RM4.

5. Selepas kami setel melawat Pamukkale & Hierapolis, kami ambil taxi ke Karahayit sebab jaraknya 20km je. Karahayit ni sebuah pekan Kecil yang terkenal dengan red water. 

6. Di Istanbul pula, kan ada banyak tempat untuk dilawati kan. 3 hari tak cukup sebenarnya tapi saya cuba pergi ke tourist spot dulu seperti Aya sofia, blue mosque, eyup cami, dan naik bosphorus cruise.

7. Soal makan pula, kami tak bawa pun bekal Ready to Eat pun sebab kat Turkiye ni kan semua makanan halal. dan kat mana2 pun ada jual nasi. Tengahari memang kami makan nasi kat kedai makan mereka. Ada  la bawa bekal maggi kari dan juga susu pekat sebab malam2 mesti lapar.

8. Untuk accom, saya pilih hotel yang betul2 di bandar dan juga mudah nak dapat teksi. Contohnya di Konya, kami menginap di Balikcilar hotel, betul2 menghadap  sultan selim camii dan museum Mevlana.

9. Dibawah kos untuk 1 orang:

FLIGHT:
KUL-JEDDAH-IST & return : RM2,557
IST- Kayseri : RM209
Denizli- Istanbul: RM203
Total: RM2,969
Note: Flight domestic sudah termasuk luggage 25kg. 

BAS:
Goreme - Konya: RM42
Konya - Isparta: RM43
Isparta- Denizli: RM26
Havaist (RM17) + airport shuttle (RM25) = RM42
Total: RM153
Note: Semua beli walkin sehari sebelum. 

TAXI: 
Kayseri Airport to Goreme : 50 euro/RM163 sorang
Konya + Isparta RM100/3 : RM33
Denizli-Pamukkale-Karahayit-Denizli: RM135/3= RM45
Short distance/tram/cable car  : RM150/3= RM50
Total: RM291

Entrance fee:
Green tour cappadocia: 35 euro/rm163
Konya sufi dwirling: 50tl /RM12
Pamukkale:200tl / RM48
Bosphorus 2jam+ : RM18
Other fee : RM20 
Total: RM 261

Accom , hotel 3-4bintang 
11 malam : RM2,677/3: RM892 sorang.
More details boleh pm.

Makan: 
Anggaran RM70 sehari x12 hari = RM840

OVERALL SPENDING TAK TERMASUK SHOPPING: 
RM2,969 +RM153 + RM291 + RM261 + RM892 + RM840  = RM 5,408

TENTATIF PROGRAM

📌DAY 1 
KUL- Jeddah- Istanbul - Kayseri - Goreme.

📌DAY 2
Full day Green Tour

📌DAY 3
Sight seeing Goreme town
Depart to Konya.

📌DAY 4
Walking tour Konya city centre & tarian sufi di Mevlana Cultural Centre.

📌DAY 5
Sight seeing bandar Konya dan gerak ke Isparta.
Jalan2 bandar Isparta.

📌DAY 6
Jalan2 bandar Isparta, pergi ke IYAS Park supermarket dan shopping mall.

📌DAY 7
Gerak ke Denizli, terus ke Pamukkale dan Karahayit.

📌DAY 8 
Flight ke Istanbul.

📌DAY 9
Jalan- jalan area Eyup sultan, naik cable car dan sultan ahmet

📌DAY 10
Cruise dan taksim area 

📌 DAY 11
Grand bazaar

📌 DAY 12  
Balik Malaysia. 

Semoga bermanfaat. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement