Anda ingin travel ke Turkiye tanpa tour guide tapi tak pasti apa langkah pertama?
Ikuti 'step-by-step' dibawah:
1. SET BERAPA HARI
Wajib buka kalendar, dan tengok masa bila yang anda boleh ambil cuti paling lama. Contohnya saya, paling lama saya boleh cuti tanpa perlu mengambil cuti tahunan yang banyak ialah pada hujung tahun.
Jumlah hari yang digalakkan sekurang-kurangnya 7 hari 5 malam. Sebaiknya 10 hari, jika dapat 2 minggu adalah yang terbaik. Pokok pangkalnya, lagi lama lagi baik kerana Turkiye ni terlalu besar. Sebulan pun tak cukup sebenarnya.
2. MUSIM APA NAK PERGI?
Turkiye mempunyai empat musim iaitu :
Musim sejuk/salji: Disember - Februari
Musim bunga : Mac - Mei
Musim Panas: Jun - Ogos
Musim Luruh: September - November
Disebabkan perubahan iklim, tidak semestinya pada musim sejuk tu ada salji, sejuk memang sejuk tapi salji ni tak tentu. Kadang bulan Mac pun salji masih turun tapi bulan Februari takde salji.
Jika ditanya pendapat peribadi saya, saya suka musim bunga sebab cuacanya lebih kurang disini tetapi lebih sejuk. Musim bunga juga banyak festival diadakan.
3. BAJET
Jika anda bekerja makan gaji, sudah tentu ada bajet. Minimum bajet mengikut minimum hari yang digalakkan.
BAJET GOLONGAN B40/M40
Bajet tiket flight: Maksimum RM3,000. Jika lebih dari ni, sabar je.. tunggu je sampai ade promo. Mesti ada punya jangan risau.
Bajet hotel: RM100- RM300 satu malam untuk 1 bilik. Biasanya di Istanbul, lebih dekat dengan public tansport, lagi mahal kadang cecah RM800 walaupun currency Turkiye jatuh.
Bajet transport: Kalau jauh contoh Istanbul - Nevsehir (Cappadocia) atau Nevsehir - Denizli, tak yah susah2 drive atau naik bas, naik flight je. Tenaga pun tak cepat habis. Flight domestik beli bila harga bawah RM250 termasuk luggage 15kg.
Semoga tiga tips ni membantu anda membuat belanjawan bijak sebelum kesana.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^