Dah 2023 masih belum pernah ke Hatyai? Kenapa belum????
Teringin nak pergi tapi tak pasti macamana caranya kalau naik tren.
Jangan risau, post ni akan guide anda untuk ke Hatyai dengan menggunakan tren. Sesuai untuk solo traveller atau anda yang ingin cuba pergi sendiri tanpa menggunakan ejen travel.
Secara umumnya jika anda ingin guna jalan darat, ada 3 cara iaitu kereta, tren atau bas. Setakat ni takde lagi yang naik bot sebab Hatyai ni terletak di tengah-tengah, bukan di tepi laut kecuali pantai Samila.
Untuk post kali ni, sis nak kongsikan cara ke Hatyai menggunakan tren.
Seperti yang semua tahu KTMB sahaja satu-satunya syarikat keretapi yang menawarkan perjalanan ke Hatyai.
PERLU NAIK TREN DARI MANA?
Stesen pertama di KL Sentral, tapi boleh juga kalau nak naik dari Ipoh, Tanjung Malim, Taiping.
ADA BERAPA JENIS TREN UNTUK KE HATYAI DARI KL SENTRAL?
Ada 2 jenis,
1. ETS
KL Sentral - Padang Besar [5 jam perjalanan]
Harga:
Seat biasa: RM99
Seat gold: RM169
Perbezaannya ialah keselesaan dan privacy.
ETS ni hanya sampai Padang Besar, so kalau dah sampai tu korang bebas lah nak masuk Hatyai guna tren thai atau naik shuttle van. Nak jimat naik tren thai tapi hanya ada 3 masa sahaja.
2. SAWASDEE - sleeper train
Mungkin tak ramai tahu pasal tren ni, tren ni baru sahaja dilancarkan tahun 2022.
Untuk cerita pasal tren ni kena buat post lain plak sebab panjang!
Sedikit info pasal tren ni.
Masa perjalanan: 10-12 jam, jika ada masalah, mungkin drag sehingga 15 jam. Ada sanggup?
Jenis tempat duduk: Kerusi biasa dan sleeper.
Harga: RM75 - RM97
Mesti tertanya-tanya, kenapa lama sangat sampai 10 jam? slow ke? cop passport kat mana? ada berhenti kat padang besar ke atau bukit kayu hitam? simpan semua soalan anda dan baca di POST NI(akan diupdate.
Aku harap post ni sedikit sebanyak membantu anda untuk merancang perjalanan ke Hatyai.
BUKAN NAIK TREN NI SAMPAI KE PADANG BESAR SAHAJA KE?
Ya dan tidak.
Ya, memang ada yang sampai Padang Besar, iaitu ETS.
Tidak, ada tren yang sampai ke Hatyai Junction, iaitu Sawasdee tren.
Akan dijelaskan lebih lanjut dibawah.
NAK BELI TIKET TREN ETS DAN SAWASDEE BOLEH BELI ONLINE ATAU WALKIN SAHAJA?
Boleh beli online, dan boleh cancel, siap boleh dapat refund up to 50% !
Boleh beli d website KTMB >> KLIK SINI
atau install apps KITS , sign up dan beli disitu. Mudah dan cepat.
Nota: Untuk tren sawasdee, ianya KADANG-KADANG je ada, so kalau nak naik tren tu, kena alert lah.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^