LAOS SELAMAT KE UNTUK SOLO TRAVELLER WANITA?

Hai semua. 

Sis selalu dapat pertanyaan ini. Laos ni ok ke untuk travel? Tak bahaya ke?

Sis pun pada mulanya bertanyakan soalan yang sama sebab tak pernah kesana dan tidak boleh nak gambarkan situasi macamana. Masa tu, Thailand pun sis belum pernah jejak lagi. Lagilah tak tahu sangat.

Tapi ada seorang sahabat sis ni, dia pernah ke sana sorang-sorang. Lepas tu sis tengok di FB BBM pun ada yang pergi sorang. Jadi, sis fikir, InshaAllah selamat. Kalau tak selamat, takkan lah orang pergi kan.

So, selamat lah ni?

Ya, Laos selamat untuk solo traveller wanita.

Kat mana pun kita berada, mesti tahu jaga diri. Sebab kalau nak ikut bahaya ni kan, tak yah pergi jauh, kita selangkah je keluar rumah, risiko tu ada. Kat KL pun banyak jenayah tersembunyi yang rakyat kita juga kena macam sammun.

Kembali ke topik utama, semasa di Laos. Sis tidak berasa terancam dan diancam. Terutama di Vientiane, sis rasa selamat semasa berjalan pada waktu malam. Tetapi sis nak bagitahu yang sis jalan di tempat yang ramai orang. Bukan tempat sunyi. Jika tempat tu takde orang atau sunyi dan gelap, risiko bahaya tu ada dimana-mana bukan di Laos je. So, sis pilih jalan yang terang, ramai orang. Biarlah jauh sikit asalkan dijamin selamat.

Andai kata ada laluan kurang orang, biasanya sis akan berjalan laju atau lari. Untuk elakkan benda tak diingini.

Jadi, para traveller wanita, jangan takut untuk ke Laos. 


 Disclaimer: Dilarang copy- paste- edit- post di website anda tanpa kebenaran penulis(mira). Menulislah dengan bermaruah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement