Aku nak kongsikan pengalaman aku tersalah naik keretapi. Masa ni aku berada di stesen Phattalung dan ingin ke Hatyai.
Tren dijadualkan jam 10.57am. Masa tu ada satu tren ni tiba. Aku terus je lah naik tren tu sebab kang aku tak naik rupanya tu tren pergi Hatyai, menyesal tak berlagu plak.
Tapi aku perasan eh kenapa orang sekeliling aku tak naik.
Disebabkan hanya aku yang naik, jadinya aku pon tanya la orang dalam tren tu sama ada tren tu menuju ke Hatyai atau tak.
Orang tu cakap pergi somewhere yang aku pon tak pasti kat mana tapi aku syak ia menuju ke Utara iaitu atas lagi sampai ke Surat thani, bangkok tu.
Oh ye, masa aku nak tanya tu, ada satu lagi keretapi baru sampai kat sebelah keretapi yang aku naik tadi.
Lepas dah confirm yang aku salah naik, aku pon apa lagi teruslah turun dari tren tu dan berlari ke tren sebelah. Mujur tren tu boleh naik dari kiri dan kanan. Kalau tak boleh, dah satu kerja plak aku kena pusing jauh silap-silap tertinggal tren.
Maka bila aku dah naik tren tu, baru lah lega sebab orang yang tunggu tren tadi pun dah naik juga.
So, moral cerita ni ialah kena cakna dengan sekeliling. Kena tengok kalau kita je buat benda tu tak semestinya benda tu betul. Lepas tu kalau rasa ada tak kena, jangan malu tanya orang sekeliling kalau tak menyesal tak sudah nanti dan buang masa.
Ok, aku ada lagi satu cerita nak kongsi. Sila baca post seterusnya. atau KLIK SINI. Cerita seterusnya ni pasal aku tersalah checkin hostel!
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^