Pengalaman berurut di muslimah spa sebab sakit leher

Hai semua.

Lama juga aku fikir nak tulis ke tak pasal ni. Disebabkan ni pengalaman pertama aku pergi urut so aku rasa nak cerita lah.

Alkisahnya aku sakit leher sebab salah tido, haritu aku ada pergi camping, tido kat khemah, Masa aku nak pusing tu, aku salah cara pastu leher aku sakit giler. Tak boleh pusing ke kiri.

Hari yang sama, aku tak sempat nak pergi urut. So aku terfikir ada satu muslimah ni yang memang ada urut.

Aku pon mesejlah untuk booked pakej urut yang ada sentuh leher, so ada iaitu Head, Neck and Shoulder (HNS). Aku dah bagitahu yang aku nak urut sebab sakit leher.

Lepas tu bila aku dah sampai tu, dorang cadangkan untuk aku ambil yang back massage sebab yang tu pun akan cover leher juga. 

Aku pon setuju je lah sebab harga sama je RM69(bukan harga sebenar).

Aku ingat akak tu ada cakap pasal minyak tau tapi aku tak tahu plak rupanya kena tambah duit kalau ambil back massage tu sebab ada guna minyak. Lepas tu aku macam, 'eh kalau ambil HNS ni ko urut tak guna minya ke?

Minyak plak RM20 weh kena cas! 

So total RM69 + RM20.. AKu bayar je ahh malas nak gaduh en. tapi aku rasa cam tertipu sikit la sebab dorang supposely bagitahu aku awal-awal! 

Memang tak lah aku nak repeat kat situ. Dah lah 30 minit je rm69 which is MAHAL untuk aku. AKu mampu je tapi dengan hasil yang tak memuaskan dan rasa ditipu. Aku rasa tak berbaloi. Kau faham tak?


Bukan tu je, lepas urut tu kan, bahu aku yang sebelum ni elok je terus makin sakit wehh macam bru lepas usung bag 30kg... Aku terpaksa letak yoko-yoko yang kuat tu... hmm sedih jap.. So lepas ni aku cari tukang urut freelance je.. 

Thanks sudi baca... 




 Disclaimer: Dilarang copy- paste- edit- post di website anda tanpa kebenaran penulis(mira). Menulislah dengan bermaruah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement