Peristiwa ni berlaku setelah kejadian yang aku pernah cerita di post sebelum ni iaitu silap naik tren. Nak baca boleh KLIK SINI.
Ok, alkisahnya aku sampai Hatyai dalam jam 1pm. Jadinya aku rancang untuk terus ke hostel.
Masa tu dalam fikiran aku hanya ada satu je hostel iaitu A, atau hostel Aremo(bukan nama sebenar).
Sampai je di Hatyai junction tu, aku terus buka Google Maps ke Aremo, tak jauh pun tak sampai 500meter.
Kemudian bila aku sampai kat situ, receptionist tu cakap pukul 2pm baru boleh checkin. Aku pon ok fine boleh je tunggu dah tak lama.
So, sambil tunggu nak checkin tu, aku pon pergila makan kat satu restoran siam ni yang terletak tak sampai 100meter pun dari Aremo.
Aku pon lepak kat restoran tu sampai jam 2pm. Aku pon kembali semula ke hostel. Receiption tu cuma minta aku tulis nama, emel, no fon dan booking dimana je. Takde pun nak verify booking aku ke ape. Kat kaunter tu pon takde laptop ke komputer. Hanya buku yang aku tulis tadi tu je.
Lepas dah tulis semua tu, dia pun bawa aku ke bilik di tingkat atas. Aku menempah hostel campur sebab tu je yang ada.
Aku agak terkejut tengok bilik yang sangat kecik. Katil double decker tu aku tak kisah tapi bagi aku sangat tak patotlah. Bilik tu patotnya sekurangnya 2 katil double decker je tapi dia pergi letak g. Memang sangat sempit! Lepas tu, takde tingkap!!! lepas tu takde aircond dan hanya bergantung kat air cooler tu je. Weh aku dah rasa tak selesa, dah lah kat katil plak takde tirai. means takde privasi! Hello hostel lain ade je yang ada privasi eh walaupun hostel campur.
Mula-mula aku macam redha je lah sambil tu merungut kat diri sendiri 'tu la ko mira, sibuk nak yang murah, hah tengok ni dalam sejarah aku dapat bilik paling low class!!!'
Aku sempat baring kat atas katil tu dan korang tahu tak aku dapat bau orang sebelum aku. Entah lah aku rasa macam dia tak tukar pun sarung weh sebab berbau!!!! Aku pon bangun lah semula tak jadi baring.
Masa tu lah aku terfikir nak tengok semula emel aku pasal booking tu.
Weh memang aku salah hostel! Rupanya aku booked hostel lain yang dekat dengan Lee Garden. Ape lagi aku cepat-cepat ambil bag aku dan blah dari situ. Mereka hanya ada emel aku je. Aku nak bagitahu kat receptionist tu kang dia suruh aku bayar plak sebab aku dah masuk bilik ape semua kan. Lebih baik aku blah senyap-senyap.
Ya salah aku sebab tak check betul-betul. Tapi hostel Aremo pun salah sebab tak double check booking aku. Betul tak?
Moral of the story, apa-apa pun double check untuk verify.
Disclaimer: Dilarang copy- paste- edit- post di website anda tanpa kebenaran penulis(mira). Menulislah dengan bermaruah. Terima kasih.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^