Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia.
Selain dari pengurusan
simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan
aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun tabung haji tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua
Kaunter TH & Cawangan Bergerak TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam &
Bank Rakyat) dan TH Komuniti.
Syarat - syarat :
- Beragama Islam dan waras.
- Warganegara Malaysia.
Dua kategori akaun:
- Akaun Dewasa
- Akaun Kanak-kanak
AKAUN DEWASA
Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa
pendaftaran.
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
- Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
Penjaga perlu membawa bersama dokumen asal dan salinan
seperti berikut :
- Sijil Kelahiran
- Dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau
MyKID)
- Dokumen pengenalan diri penjaga
NOTA :
Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur
dibawah 18 tahun sahaja.
Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun
dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^