Buka akaun tabung haji dan daftar haji adalah dua perkara yang berbeza.
Anda wajib untuk membuka akaun tabung haji dahulu sebelum boleh mendaftar haji.
Baca >> Cara Buka Akaun Tabung Haji 2024.
Setelah selesai membuka akaun tabung haji, barulah anda boleh mendaftar diri anda untuk pergi haji.
Sejak tahun 1995, konsep pendaftaran haji ialah:
Mendaftar Dahulu, Didahulukan
Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Syarat-Syarat
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
- Tidak pernah menunaikan fardu haji.
- Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
- Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.
Saluran Pendaftaran Haji
Pendaftaran haji boleh dilakukan di :
- Rakan Strategik TH
- THiJARI
- Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Bakal Haji Rakyat Malaysia dari Luar Negara
Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan ingin
mendaftar sebagai bakal haji Malaysia, boleh mendapatkan keterangan lanjut
serta peraturan berkaitan dengan melayari Sistem Pendaftaran Haji Luar Negara.
Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah terlebih
dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab
Saudi, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat
tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi memastikan tidak ada
masalah dari segi visa, pemeriksaan kesihatan, bayaran wajib dan sebagainya.
Sebagai panduan, tuan/ puan bolehlah melayari laman web KBDRAS di
www.mofa.gov.sa.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Hj Basiron Bin Baba
Emel: basiron.baba@lth.gov.my
Hj Mohd Ridzuan Bin Yusoff
Emel: ridzuan2@lth.gov.my
Pembatalan Pendaftaran Haji
Bakal Haji boleh membatalkan pendaftaran haji di mana-mana
kaunter TH yang berhampiran. Tahun peruntukan haji mereka akan terbatal secara
automatik.
Pendaftaran melalui KWSP
Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya
perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat
pendaftaran haji.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh
menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad
pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka
yang asal akan dikekalkan.
Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP
adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
- Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji KWSP,
pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^