Huayu Enrichment Scholarship 2024

Hi! 

Khas untuk anda yang mencari peluang untuk belajar bahasa Mandarin di luar negara dengan biasiswa!

Program Biasiswa HES iaitu Huayu Enrichment Scholarship dibuka setiap tahun.

 


Program Biasiswa HES (Huayu Enrichment Scholarship) yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar warganegara Malaysia untuk mempelajari Bahasa Mandarin di Taiwan demi memahami budaya dan masyarakat Taiwan dan mempromosikan interaksi dan pemahaman bersama antara Taiwan dengan masyarakat antarabangsa.

Program Biasiswa ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untk mengikuti kursus jangka pendek Bahasa Mandarin di Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin yang ditubuhkan di universiti-universiti Taiwan.

Sila merujuk “2024 Huayu Enrichment Scholarship Application Guideline” (Lampiran 1) untuk garis panduan dan cara memohon Biasiswa HES.

I. Tempoh Permohonan: 11 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024. 

II. Dana Biasiswa : Stipend bulanan tetap sebanyak 25,000 NTD. 

III. Tempoh Penerimaan Biasiswa: 3 bulan atau 6 bulan.

Tempoh biasiswa Tahun 2024 adalah dari September 2024 hingga 31 Ogos 2025.

IV. Syarat Am: (Untuk Kelayakan pemohon yang lengkap, sila rujuk kepada 

Lampiran)
  

-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

-memiliki sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pra-Universiti seperti STPM, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setaraf, dengan rekod akademik yang cemerlang.

-berakhlak mulia.


V. Cara Memohon:  

Permohonan dibuka secara dalam talian dari 11 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.

Sila memohon melalui 


pilih Konsulat Taiwan  ‘Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia:Malaysia’ dan kewarganegaraan Malaysia.

Kemudian, pilih Huayu Enrichment Scholarship dan klik pada untuk melengkapkan semua data permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon dikehendaki mencetak dan mengepos dokumen sokongan (hardcopy) kepada  Taipei Economic and Cultural Office. 

Alamat Surat-menyurat : 

Education Division,  
Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia  
(Huayu Enrichment Scholarship ) 

Level 7, Menara Yayasan Tun Razak, 
200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. 

Tel: 03-2162-3228 / 03-2161-4439 ext 184 / 185 

 

VI. Dokumen Permohonan

(i) Borang pemohonan yang dicetak daripada sistem permohonan 

dalam talian 

(ii) Satu salinan pasport pemohon. 

(iii) Salinan sijil akademik tertinggi dan transkrip akademik yang berkaitan. 

(iv) Salinan slip permohonan kemasukan kepada Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin (Mandarin Language Center) (contohnya, salinan kiriman wang yuran permohonan, borang permohonan, dan notis atau e-mel daripada universiti/kolej yang mengakui penerimaan permohonan .) 

(v) Affidavit / Terms of reement yang ditandatangani 

(vi) Dokumen sokongan yang diperlukan oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia (sekiranya ada).

Penerima hendaklah belajar di Pusat Bahasa Mandarin berdaftar yang diluluskan oleh KPM Taiwan.


Penerima hendaklah memohon kemasukan kepada Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin. Setelah berjaya memperoleh tawaran, penerima hendaklah menghantar salinan surat tawaran(Admision letter)ke Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia sebelum 30 Jun untuk pengesahan.


Perkara yang tidak dinyatakan di sini akan dikendalikan mengikut " Taiwan Scholarship Program Guidelines" yang dipaparkan di laman web Taiwan Scholarship And Huayu Enrichment Scholarship Office.

Lampiran 1:  2024 Huayu Enrichment Scholarship Program 

Guidelines 

Lampiran 2:  List of Chinese Language Centers in Taiwan. 

Lampiran 3 : Frequently Ask Question 

 


 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement