- Kursus Asas Haji (KAH)
- Kursus Intensif Haji (KIH)
- Kursus Khas Haji (KKH)
- Kursus Perdana Haji (KPH).
Kursus Asas Haji (KAH)
Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat
pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada
setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri (diadakan sebanyak
13 siri) bermula dari bulan Rabi'ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun.
Soalan Lazim Kursus Asas Haji,
Kursus Intensif Haji (KIH)
Kursus Intensif Haji (KIH) merupakan kursus haji peringkat
kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Kursus diadakan selama dua (2) hari ini diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban
pada setiap tahun.
NOTA:
Bakal haji yang terpilih perlu memastikan kehadiran KIH
mengikut tempat dan masa yang telah ditetapkan oleh TH, sebarang pertanyaan
lanjut boleh hadir ke pejabat cawangan TH yang berdekatan. Muat turun JadualKursus Intensif Haji (KIH) 1445H/2024M.
Kursus Khas Haji (KKH)
Kursus Khas Haji (KKH) merupakan kursus haji lanjutan yang
diadakan selepas Kursus Intensif Haji (KIH). Tempoh kursus mengambil masa
selama satu (1) hari yang memberi penekanan terhadap aspek latih tubi praktikal
ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.
Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat
markah yang rendah dalam ujian kefahaman ibadat KIH dan mereka yang terpilih di
saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan
kepada bakal jemaah haji yang terlibat.
Kursus Perdana Haji (KPH)
Kursus Perdana Haji (KPH) merupakan kursus haji peringkat
akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
kursus selama dua (2) hari satu (1) malam ini diadakan dalam bulan Syawal di
setiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh
daerah dalam negeri tersebut.
Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada
praktikal ibadat haji dan dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan
aktiviti tawaf, sa'ie, bermabit dan melontar pada waktu malam. Hanya bakal
jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dijemput menghadiri kursus ini oleh
Pejabat TH Negeri atau Daerah.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^