Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan
perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan
haji
- Kos penerbangan
- Kos pengangkutan
- Kos penginapan di Arab Saudi
- Kos sajian
- Kursus haji
- Kos perubatan
- bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1445H/2024M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:
Kumpulan B40 : RM12,356*
Kumpulan M40 : RM19,152
Kumpulan T20 : RM33,300
Nota: *Selepas RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asal ialah RM13,356.
TH masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah
Haji Malaysia secara percuma seperti:
- Kursus-kursus haji,
- Petugas haji kebajikan dan perubatan,
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
- Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
- Ubat-ubatan.
Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000
sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Ahli KWSP
- Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
- Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP - pastikan pihak TH belum menolak kos TH. Jika tidak, tidak dapat buat pengeluaran.
- Berumur kurang 55 tahun
0 Comments
Thank you for your comment ^_^