MAKSUD MUASSASAH TABUNG HAJI

Acap kali kita dengar soalan 'Pergi haji dengan muassasah ke dengan PJH?' setiap kali musim haji bakal menjelma. 


Apakah dia muassasah ni? Terma dalam bahasa arab yang jarang diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Muassasah ini bermaksud organisasi yang menguruskan haji.




Muasasah tabung haji pula bermaksud pihak Tabung Haji yang menguruskan haji untuk warganegara Malaysia dan bukannya syarikat travel yang diberi kepercayaan untuk menguruskan haji iaitu Pengelola Jemaah Haji.

Muassasah ini sebenarnya ada dua, dan kita hanya selalu pakai Muassasah Tabung Haji sahaja. Ada juga syarikat travel yang menawarkan khidmat haji bersama Muassasah Arab Saudi, untuk yang ini mereka guna visa Furada iaitu visa Arab Saudi. *akan dijelaskan dalam post seterusnya.

Siapa je yang boleh pergi haji dengan muassasah tabung haji ni?

Hanya mereka yang sudah tiba giliran haji sahaja akan dipanggil untuk pergi haji dengan muassasah tabung haji ni, hal ini kerana mereka akan mendapat subsidi dan yuran tersangatlah berpatutan iaitu sekitar RM13 ribu sahaja untuk yang berpendapatan B40.

Walaubagaimanapun, untuk mereka yang giliran hajinya masih lambat lagi. Masih ada sirna untuk dapat tawaran haji dengan syarat ada mahram yang sudah mendapat panggilan haji. Akan tetapi, ada kemungkinan anda yang dapat rayuan ini perlu membayar kos penuh haji iaitu RM33,000( harga 2024).

RM13 ribu untuk menunaikan haji adalah sangat murah berbanding negara lain. Dah lah murah, lama pula tu berada di tanah suci. Semoga anda memanfaatkan sepenuhnya ketika disana nanti.

Jika ada makluman yang saya kongsikan ini bercanggah dengan info terkini, mohon maklumkan. 

Selalunya kita akan dengar perkataan Muassasah. Apa pula Muassasah ni? Sebelum ketahui lebih lanjut mengenai PJH, lebih baik jika anda tahu maksud Muassasah iaitu pihak 



WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement