Pengalaman Solo Travel ke Betong - Part 1

Assalamualaikum!

Macam tak percaya aku nak menulis kembali peristiwa yang berlaku lebih hampir setahun!

Jangan risau, memori ingatan aku tentang apa yang berlaku masih segar dalam ingatan sebab semuanya smooth jer. Alhamdulillah dipermudah dan dilindungi olehNya.




Untuk part 1 ni aku kongsi kisah perjalanan aku dari KL Sentral sampai Pattani je tau. Bermula di Yala sampai di Betong, dalam part 2!

Alkisahnya awal Januari tahun 2023 merupakan detik pertama aku mulakan solo travel ke Laos. Yang ni aku tulis nanti lah pula ye sebab agak panjang trip ni 6hari 5 malam. 


Trip ke Betong ni sebenarnya merupakan pengalaman pertama aku naik tren Sawasdee dari KL- Sentral ke Hatyai tau.


Trip ni juga berlaku seminggu setelah aku balik dari Laos, bajet pula memang tak keras lah cerita dia, bawah RM500!

Dan tiada itinirary pun, aku main redah je. Takde boooking photel dan aku target nak duduk kat hostel je lah macam biasa tapi bila search kat Agoda, Booking or Hostelworld. Takde pula keluar hostel kat Betong. Jadinya, aku search je kat Google, ada lah keluar satu hostel ni namanya 'Betong Train Hostel"..


Hostel ni cuma ada Facebook je masa tu,  mula-mula tu aku pon PM lah tanya harga dulu, dia cakap harga 250 baht je 1 malam. Fuh memang ngam soi!

Lebih kurang RM33 jer. Murah kan? Yelah dah nama pun hostel takkan nak mahal-mahal pula.

Tapi disebabkan aku tak confirm pun sebab semuanya walkin so aku just beritahu semula yang aku akan sampai pada hari aku dah on the way ke sana jer. 

Untuk trip ni,aku hanya rangka perjalanan kasar je, 

KL Sentral - Hatyai - Pattani - Yala - Betong - Shah Alam.

Untuk tempat nak jalan-jalan plak, aku target nak naik Gunung Silipat, Iyerweng Skywalk. Dua tu jer. Tapi tu lah kalau solo ni, lepas ke nak sampai? Dah lah tempat tu jauh. 

Pattani, Yala dan Betong masa ni aku belum pernah jejak.


KL SENTRAL TO HATYAI 

Aku naik tren dari KL Sentral pada jumaat malam jam 10.40pm, dan sampai ke Hatyai jam 8am waktu sana.

Setibanya di Hatyai, macam biasa aku akan sarapan di restoran di hadapan tren station tu, yang sangat murah!

Sebelum tu aku beli dulu tiket ke Pattani sebab alang-alang nak ke Yala, ada lalu Pattani, aku ingat nak singgah kejap kemudian tunggu next train pula untuk ke Yala memandangkan masih ada banyak masa.

Setibanya kat Pattani, perkara pertama aku buat ialah ambil gambar disini dan aku plan untuk jalan kaki jer sekitar tren stesen ni cari kedai makan.

Nak dijadikan cerita, Allah temukan aku dengan gadis Pattani yang baik hati. Kisah bermula bila dia minta aku ambilkan gambar dia. Kemudian dia pula ambil gambar aku. Orang melayu Pattani memang boleh cakap melayu. Jadinya aku tanya lah dia macamana nak ke Betong. Yang ni aku tak ingat jawapan dia.



Selepas tu kami berpisah, aku pula masa tu duk lepaskan hajat dan nak beli tiket ke Yala, tapi katanya hanya sejam sebelum berlepas baru boleh beli. Aku pon takpelah pergi cari makanan tengahari dulu. Kalau takde jumpa restoran, beli je lah kat 7e.

Masa aku sedang merayau di sekitar tren tu, tiada pula restoran halal. Cuma ada satu restoran ni jual kerabu mangga tu apa nama dia. Aku pon beli lah ingat nak buat bekal makan sambil tunggu tren. Padahal aku tak minat pun kerabu tu. hahaha.

Masa aku dah patah baik ke tempat tren tu, gadis yang aku jumpa kat tren tu tadi rupanya datang balik ke tren tu nak bawa aku makan tengahari wei.

Series terharu sangat! Kat bawah ni lah makanan yang kami makan bersama. Sebelum pulang, aku berikan dia souvenir yang aku bawa. Dan kami pun bertukar facebook.  

Kalau nak tengok rupa dia boleh  ke tiktok aku @ehmirayy. Korang scroll je bawah sampai jumpa aku post pasal trip ni. 




Ok rasanya sampai sini je untuk Part 1, kalau aku tulis dari A-Z rasanya panjangan sangat pula kan. 

Baca >> Pengalaman Solo Travel ke Betong - Part 2 [COMING SOON]







 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement