Bersambung kita pada part 2 ni. Eh part 1 dah baca ke ? Kalau belum,
Untuk part 1, kisah berakhir di Pattani kan.
Usai makan tengahari dengan gadis Pattani tersebut. Dia menghantar semula aku ke tren stesen.
Aku membeli tiket tren ke Yala dengan harga 6 baht jer. Giler murah.
Waktu: 2.26pm - 13.10pm.
Kali ni aku duduk sekali dengan seorang lelaki yang boleh berbahasa Melayu, mungkin dia orang Yala kerana kami menuju ke arah yang sama.
Alang-alang sudah berbual, maka aku pon bertanya lah macamana nak pergi Betong. Dia maklumkan nanti dah sampai, aku harus ambil gojek, dia akan hantar ke tempat bertolak.
Sesampainya di Yala, ada ramai pelajar yang mungkin baru balik sekolah. Mereka sedang menunggu tren berhenti untuk naik.
Aku ikut arahan lelaki tadi iaitu naik 'gojek' , dan dia terus hantar ke
Pada mulanya aku ingatkan van ni akan drop kami di sebuah stesen. Rupanya mereka akan hantar sampai ke destinasi di Betong, tidak pasti adakah memang sebegitu atau kerana penumpang yang tak ramai atau disebabkan pekan Betong kecil sahaja jadinya tiada masalah untuk hantar sampai destinasi.
Aku adalah penumpang terakhir yang dihantar. Susah juga nak komunikasi jika tiada google translate. Aku setkan lokasi hostel tetapi rupanya location dalam google map salah. Mujur pihak hostel ada berikan nombor telefon, jadinya driver call terus hostel tanya kat mana nak drop aku.
Sampai je di hostel, aku disambut oleh akak Melayu 1 namanya A, aku ada lah tanya ada tak buat servis sewa motor sekali dengan rider? Yelah kita mana ada lesen nak bawa motor, jika ada pun, takutlah wei nak bawa kat negara orang.
Aku pon suarakanlah nak pergi Skywalk Iyerweng tu jika ada yang boleh bawakan. Jika tidak, esok aku balik lah selepas jalan-jalan di pekan Betong.
Rupanya akak tu ada mencadangkan supaya kawannya tolong bawakan aku jalan-jalan esok hari dengan upah 500 baht. Aku ok je lah, takkanlah dia nak tolong free kan. Baik betul dia kalau betul macam tu.
Malam tu akak A bawa aku pergi Makan dan jalan di tunnel dan yang ada ayam besar tu.
Malam tu aku kena tidur awal sebab jam 4am dah kena gerak ke Skywalk.
Aku risau juga terlewat bangun sebab malam tu tidur jam 12am. Yelah sampai hostel dah jam 7.30pm, pergi makan dan jalan-jalan tu sampai jam 9pm. Kemas barang apa semua, mana taknya jam 12am baru tidur.
Keesokan harinya, dalam kedinginan pagi. Aku dan kawan akak A iaitu akak B, bawa aku ke Skywalk airweng menaiki motorsikal.
Perjalanan mengambil masa 40 minit juga untuk sampai ke destinasi. Untuk ke Skywalk iyerweng tu, anda perlu park dahulu motor atau kereta anda ditempat parking yang disediakan, Kemudian anda perlu menaiki motor atau tuk-tuk untuk ke atas.
Ingatkan dah datang awal ,tak ramai lagi orang. Rupanya ramai dah. Dan kami pun beraturlah sehingga jam 6am baru dibuka. Masa tu baru matahari baru nak naik, dan hujan renyai-renyai.
Dibawah ialah view yang aku dapat ! Sangat cantik!!
Oh lupa, kos disini ialah :
Tuk-tuk/motor pergi balik : 20baht x2 = 40 baht
Entrance fee : 200 baht
Kasut : 20 baht
Total kos: 260 baht.
Selepas puas bergambar disini, akak B bawa aku ke air terjun rama, kat sini masa sampai tu takde orang langsung. Aku tak mandi pun sebab risau lah jadi apa-apa dah lah takde orang. Jadinya hanya tengok je lah.
Kemudian akak tu bawa ke jambatan(tak ingat nama), tapi situ ada replika skywalk iyerweng yang dibuat oleh orang kampung.
Jam 10am dah pulang ke hostel, aku beli bas pulang ke Shah Alam dari Pengkalan Hulu pada jam 10pm memandangkan tidak banyak pun waktu yang ada.
Memandangkan aku masih ada masa, jadinya akak B ajak untuk aku kerumahnya. Aku pon ok je lah sebab takde apa pun nak buat kan.
Masa nak balik pun, salah seorang kenalan akak B yang tolong hantar aku sampai ke stesen bas Pengkalan Hulu. Aku amat terharu dengan bantuan yang diberikan. Terasa seperti keluarga pula.
Semasa di stesen bas, akak A yang mula-mula aku jumpa tu teman aku sementara menunggu bas.
Terima kasih orang baik. Semoga Allah merahmati kalian.
Begitulah perjalanan soloku yang kedua kalinya.
Thanks baca sampai habis.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^