Baca >> Senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) 2024
KENAPA ADA PILIHAN UNTUK TUNAIKAN HAJI SELAIN MUASSASAH?
- Ianya bertujuan untuk membolehkan jemaah haji mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.
- Membuka peluang kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim untuk mengendalikan jemaah haji secara terkawal sebagai PJH.
- Membolehkan TH bergerak ke hadapan menuju matlamat mengawal selia keseluruhan pengurusan haji dalam memberikan perkhidmatan haji.
- TH sentiasa berusaha memberikan kepuasan kepada jemaah haji dan membantu mereka ke arah mencapai haji mabrur.
- TH juga memberi pilihan kepada mereka untuk pergi menunaikan haji melalui cara yang paling selesa mengikut kemampuan kewangan mereka masing-masing.
CONTOH PAKEJ PJH DAN BEZANYA DENGAN MUASSASAH
SEMASA HAJI
PJH - ada yang mengikut manasik haji cara Rasulullah S.A.W iaitu pada 8 Zulhijjah bermalam di Mina dahulu pada hari Tarwiyah, ada PJH yang akan bermalam seawal 6 Zulhijjah, ada yang 8 Zulhijjah terus ke Arafah, ada yang pagi 9 Zulhijjah baru ke Arafah.
Muassasah - terus ke Arafah bermula 7 Zulhijjah. *berubah mengikut keadaan semasa.
KHEMAH DI MINA
PJH - boleh memilih untuk upgrade khemah di Mina iaitu Masyair Naik Taraf (PMN) iaitu maktab 112, terletak hanya 300m sahaja dari Kompleks Jamarat. SANGAT DEKAT untuk melontar! Harga khemah ini berbeza mengikut PJH, boleh tanya pada PJH yang anda berminat. Anggaran sekitar RM10,000.
Muassasah - Khemah(maktab) terletak di belakang bukit, untuk melontar perlu berjalan kaki sejauh 7km ulang alik dan melalui terowong. Tiada pilihan untuk upgrade khemah. Khemah sangat padat dan tandas beratur sangat lama terutama untuk wanita.
HOTEL DI MEKAH
PJH - ada pilihan untuk pilih pakej hotel di Clock tower, dan biasanya pakej termurah hotelnya terletak di Ajyad seperti hotel Rayyana, Olayan Ajyad dan sebagainya.
Semua hotel terletak agak jauh dari Masjidil Haram, hotel terdekat di kawasan ajyad iaitu hotel fajar Badie dua...ada banyak hotel lain untuk Muassasah.
Sekiranya individu atau syarikat pelancongan yang tidak
mempunyai Lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji,
ianya melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995 yang boleh didenda sehingga
RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
TH menyarankan orang ramai terutamanya bakal-bakal haji untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan TH sahaja dan bakal haji boleh merujuk kepada senarai PJH di laman web TH.
Baca >> Tips tunaikan haji lebih awal
0 Comments
Thank you for your comment ^_^