Kaohsiung terletak di Selatan negara Taiwan dan merupakan bandar ketiga terbesar setelah Taipei dan Taichung.
Tidak seperti di Taipei yang mempunyai sangat banyak restoran Muslim. Di Kaohsiung juga ada tetapi tidaklah sebanyak di Taipei.
Hari ni saya nak kongsikan satu restoran Muslim yang terletak di tengah bandar Kaohsiung iaitu restoran Lahore.
Menu utama disini ialah lauk berasaskan kari seperti kari hijau, kari Malaysia dan dihidangkan dengan nasi atau capati.
CARA UNTUK KE SINI
Lokasi restoran ini tidak berdekatan dengan stesen tren. Yang terdekat ialah stesen 'CULTURAL CENTER', tetapi setelah itu anda perlu berjalan kaki sejauh 1.1km.
Naik bas adalah pilihan terbaik kerana anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 200m sahaja setelah turun daripada bas.
Stesen bas yang berhampiran disini ialah " Guang Hua Rd Interection (Siwei 2nd road)" .
Bas yang lalu disini pula ialah : 168, 72, 21, 1.
Ada lagi satu stesen bas iaitu : Linga 1st Road Intersection.
Bas yang lalu disini pula ialah : 11, 90, 1.
Bergantung anda datang dari mana, anda boleh turun disalah satu daripada stesen bas ini, kedua-duanya dekat sahaja.
Saya memberi rating 8/10 untuk makanan! Harganya berbaloi. Portionnya boleh dimakan untuk dua atau seorang bergantung keadaan perut anda ketika itu.
Jika anda sudah pernah kesini, sudikanlah untuk berkongsi pengalaman anda.
Selamat menjamu selera.
Dibawah antara menu yang saya sudah cuba:
kari pedas
kari Malaysia
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^