Untuk memohon biasiswa Huayu Enrichment tidak sesukar yang disangka. Biasiswa ini dibuka setiap tahun dan tahun 2024 mencatatkan penerima biasiswa teramai!
Ini menunjukkan ramai yang sudah mengetahui mengenai biasiswa ini.
Syarat untuk memohon biasiswa ini ada 3 sahaja iaitu:
1.Berumur 18 tahun dan keatas.2.Mempunyai perilaku yang baik atau berakhlak mulia.3.Memiliki sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pra-Universiti seperti STPM, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setaraf, dengan rekod akademik yang cemerlang.
PENTING!!!
Walaupun anda bakal menerima biasiswa sejumlah 25,000NTD sebulan. Duit ini akan diberikan bermula September tahun biasiswa diberikan. Oleh itu, penting untuk anda mempunyai duit sendiri untuk didahulukan.
Terdapat kos yang anda perlu ambil kira kerana perlu mendahulukan duit anda. Boleh baca disini >> KOS YANG DIPERLUKAN
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^