Terima kasih kerana sudi membaca travelog Taiwan saya! Saya amat terharu kerana blog ni dah lama tak ada pembaca sejak saya lupa nak renew domain, terus blog ni hilang daripada radar Google.
Pos ini agak panjang dan jika anda berminat untuk mengikuti perjalanan saya disini. Jemputlah subscribe! Butang ada di sebelah kanan blog ini jika ada menggunakan laptop, dan ada dibahagian bawah jika anda menggunakan telefon bimbit.
Memandangkan aku sudah pun terbang ke Taiwan dan mempunyai masa terluang yang agak banyak jadi inilah hasilnya! Setelah sekian lama tak menulis 'diari' secara online. FUh
Tiket penerbangan pada 20 Ogos 2024 pada jam 0825am. Disebabkan adik aku pun ada pergi China pada hari yang sama maka aku pun terpaksalah pergi ke airport lebih dari 12 jam awal.
DETIK-DETIK TERAKHIR
Terima kasih mak dan adik sebab teman kat airport sampai jam 2am. Aku sempat terlelap sebentar di kerusi dihadapan Kenangan Coffee.
Tepat jam 4.30am, aku terus pergi ke kaunter checkin luggage. Punyalah lama tak naik flight dari KLIA2, rasanya bulan September lepas ke Bangkok, solo travel yang kedua!
Sekarang dah boleh self checkin sepenuhnya! Ini bermakna jika terlebih 100g pun, tiada maaf bagimu. Nak tak nak kena keluarkan juga lagi 100g. Kalau ada manusia, masih ada perikemanusiaan untuk benarkan 100g tersebut.
BAGASI TERLEBIH BERAT DAN KESUDAHANNYA
Aku beli pakej flexi pack iaitu 20kg luggage, makan, dan perlindungan jika bagasi lewat. Tetapi malangnya barang yang aku nak bawa ni lebih daripada 20kg!
Maka terpaksalah keluarkan 500g yang terlebih. Bila aku bawa keluar jacket, 2 tin sardin, eh berat terus jadi 19.4kg. Takkan 3 barang tu dekat 1kg? Maka aku pon letak semula tin sardin tu dalam luggage. Bila timbang semula, berat tu jadi 19.8kg. OK lah tu!
Maka selesai checkin luggage, tiba pula untuk masuk ke balai perlepasan antarabangsa. Disini sebenarnya saat getir untuk aku kerana walaupun aku beli extra carry on 7kg. Total yang aku boleh bawa ialah 14kg, masalahnya kesemua barang aku sudah lebih 14kg. Rasanya terlebih 3kg.
BERAT UNTUK CABIN PUN TERLEBIH BAWA
Aku bawa 1 luggage 20" dan 1 backpack 30L yang dibeli di Decathlon. Dalam luggage tersebut aku muatkan 8kg sahaja sebab memikirkan nak angkat naik ke ruang simpanan tu nanti kalau lebih 8kg, aku juga yang susah nak angkat.
Antara barang yang berat ialah tripod dan tab! Semua ni aku keluarkan dari bagpack dan salin ke beg 10L. Setibanya di tempat timbang luggage tu, aku pon cakaplah kat petugas tu yang aku beli extra carry on. Sambil tu aku bagi boarding pass dan letak luggage kat atas penimbang.
Lepas akak tu tengok boarding pass tu, dia angguk dan aku boleh blah je wei.
I was like.. LAHHH!!! Am I worry for nothing?
Aduhai, tersenyum bila ingat semula.
READY FOR BOARDING !
Masuk je dalam perut pesawat, aku lihat sekeliling. Sah! Aku sorang je gadis melayu bertudung dalam kapal terbang tu. Jika ada rakyat Malaysia yang lain pun, mereka bukan orang Melayu tetapi orang cina. Yelah, mungkin orang kita lebih memilih untuk travel ke negara lain selain Taiwan.
Bila tiba makanan diagihkan, aku baru teringat aku ada beli 2 airline meals iaitu Nasi lemak dan Nasi Briyani Bukhara. Masalahnya selepas beli baru aku tahu rupanya makanan airline TAK BOLEH DIBAWA KELUAR dari airport. Jadi aku ambil langkah bijak untuk makan kedua-dua makanan tersebut didalam flight.
Dah lah bagi makan lambat tau, 9.30am baru makan.. Kemudian jam 12.30pm aku makan lagi satu makanan tu.
Selesai masalah.
AKU DAH SAMPAI KAOHSIUNG !
Alhamdulillah tepat jam 1.10pm, aku selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Kaohsiung. Selesai ambil bagasi, aku terus berjalan ke pintu keluar. Ada banyak nota makanan larangan dibawa keluar daripada airport. Aku pon cek satu persatu makanan yang disenaraikan kalau-kalau aku ada terbawa. Rupanya ada satu iaitu Chia Seed! Ape lagi terus aku buka bagasi dan keluarkan chia seed tersebut. Tak tahu lah pula ianya larangan.
Masa kat tempat scan luggage buat kali terakhir tu, ada anjing dah stanby untuk hidu jika ada makanan terlarang. Alhamdulillah aku lepas sebab risau juga lah kita ingatkan barang tu boleh bawa rupanya tak boleh.
Tara! Keluar je dari situ, terus ada pakcik teksi ni approach aku tanya nak ke mana. Aku plak masa tu memang target nak naik teksi je sebab bawa luggage yang berat tu kan. Kalau bawa backpack je memang tak leh aku nak naik teksi sebab dari airport tu ada tren yang direct ke stesen terdekat dengan hostel!
Kos teksi : 250NTD = RM34.
Mungkin sebab aku seorang diri, jadi rasa mahal tapi kalau berdua atau bertiga. Ia sangat berbaloi dan murah!
Sekian sampai situ sahaja untuk hari pertama! Untuk post seterusnya aku ceritakan bagaimana aku boleh dapat tempat tinggal disaat akhir! Nantikan!
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^