Istilah yang selalu kita dengar ialah beg kabin dan juga beg checkin atau checkin luggage.
Adakah keduanya sama ? Atau berbeza?
APA MAKSUD BEG KABIN?
Beg kabin ialah beg yang diletakkan di ruang penyimpanan yang terletak di atas tempat duduk di dalam pesawat.
Beg kabin ini mestilah beratnya tidak lebih daripada 7kg jika anda tidak ada membawa sebarang beg kecil/beg laptop atau tas tangan.
Jika anda ada membawa begpack, maka anda perlu pastikan berat bag kabin +bagpack totalnya 7kg. Faham setakat ini
Baca >> Berat beg kabin Air Asia 2024
Bagaimana jika beg kabin dan begpack lebih daripada 7kg?
Ada dua kemungkinan iaitu:
1. Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh lepas jika beg kabin + begpack anda lebih 7kg, contohnya 9kg.
2. Jika nasib anda tidak begitu baik, anda diminta untuk mengurangkan berat salah satu beg supaya totalnya 7kg.
ADAKAH SAYA BELI BERAT TAMBAHAN UNTUK BEG KABIN?
YA, anda boleh membeli extra carry on iaitu penambahan berat sebanyak 7kg. Maka total berat yang anda boleh bawa ialah 14kg. Tetapi jumlah beg tetap sama, satu beg kabin dan satu beg kecik.
Tetapi untuk berat beg kabin tersebut, berat maksimum yang dibenarkan ialah 10kg atas faktor keselamatan kerana ia akan diletakkan di ruang penyimpanan.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^