CARA KE TAIPING SUSPENSION BRIDGE, CHIAYI

Hi!

Biar betul kat Taiping sudah ada jambatan gantung? Baru siap ke?

Eh bukan, ini bukan Taiping, Malaysia tetapi Taiping, Taiwan. Rupanya bukan di Perak je ada tempat bernama Taiping, di Taiwan juga ada.





Lebih tepat lagi, ia berada di daerah Chiayi, tidak jauh dari Taipei.

Terdapat satu tempat tarikan pelancung disini iaitu jambatan gantung dengan permandangan gunung-ganang.

Ketinggian jambatan ini 1,000 meter dari aras laut dengan kepanjangan 281 meter merentasi Guishan dan Taipingshan.

Tiket walkin berharga 100ntd, tetapi anda boleh mendapatkannya terlebih dahulu dan boleh skip beratur untuk beli tiket di kaunter dengan membelinya disini >>> TIKET JAMBATAN GANTUNG 

Jangan lupa masukkan promo code 'ehmirayy' untuk nikmati lebih diskaun!

Jika anda melawati tempat ini pada waktu senja, anda dapat melihat permandangan matahari terbenam jika cuaca elok. Pada sebelah malam pula, ada pertunjukan cahaya yang berkonsepkan warna pelangi. Contohnya pada hari Isnin, warna merah, hari Selasa hari oren. Pertunjukan cahaya ini bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. 

WAKTU OPERASI 

Hari Operasi : Setiap hari kecuali hari RABU
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 0900-1630
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 0900-1730


CARA KE JAMBATAN GANTUNG TAIPING


Dari tren stesen Chiayi,

Anda perlu menaiki tren ke Dalin, setelah itu pergi East Exit sebelah kanan yang menghala ke tempat parking kereta dan stesen bas.

Cari tiang yang ada tulis 'Taiping Shuttle Bus' bernombor 113.

Ada 5 stesen bas ini iaitu:

Dalin Bus Station - Dapumei Service Center - Jourdeness Biotechnology Park - TK Food City Square - Meishanxin Community (UmeTonya) - Meishan - Taiping Suspension Bridge.

Perjalanan dari stesen bas Dalin ke Jambatan gantung ini mengambil masa kira-kira 45 minit. Jika anda seorang yang mabuk kereta, anda digalakkan untuk makan pil pening kerana selepas stesen Meishan, jalan ke jambatan gantung ini zig-zag.



Usai ke jambatan gantung, anda boleh jalan-jalan ke Taiping Old street yang terletak tidak jauh dari jambatan gantung



WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement