Post ini ditulis untuk membantu anda yang ingin memohon visa untuk belajar bahasa Mandarin di Taiwan selama 3 bulan.
Untuk makluman, rakyat Malaysia mendapat keisitimewaan 30 hari visa free untuk travel ke Taiwan. Jadinya, jika anda tinggal di Taiwan kurang dari 30 hari, anda tidak perlu memohon visa.
Kepada mereka yang perlu tinggal di Taiwan lebih daripada 30 hari, maka perlulah membuat permohonan visa.
Dibawah adalah kesimpulan cara untuk memohon.
1. Mohon online di laman web >> KLIK SINI.2. Print borang online yang telah diisi dan tangatangan.3. Sediakan dokumen dibawah.4. Hantar borang dan dokumen yang diperlukan di pejabat di KL.
Khas untuk penerima biasiswa Huayu Enrichment oleh Kementerian Pendidikan. Anda tidak perlu membayar kos visa tersebut, dengan syarat anda perlu memberi sijil original Huayu Enrichment.
Jenis visa : Visitor visa.
Penting!
Memohon Extension Visa.
Maksimum tempoh pemanjangan visa ialah sama dengan tempoh visitor visa diberikan, dengan maksimum enam bulan.
Dokumen perlu dihantar ke:
Tingkat 7, Taipei Economic and Cultural Office, Menara Yayasan Tun Razak di Malaysia.
Dibawah pula ialah dokumen yang diperlukan:
1.Borang permohonan general visa yang telah dilengkapkan dan diprint dari sini >> KLIK SINI
2. Dua gambar passport berlatar belakang putih yang diambil dalam masa enam bulan dari tarikh permohonan.
3. Passport original dan fotostat. Pastikan masih sah lebih daripada enam bulan dan mempunyai muka surat kosong.
4. Surat pengesahan pendaftaran oleh pusat bahasa di universiti yang telah dipohon.
5. Pelan belajar bahasa cina. Mesti ada: -objektif elajar bahasa cina di Taiwan, anggaran tempoh tinggal di Taiwan, pelan akan datang dan tandatangan.
6. Bukti kewangan - iaitu 3 bulan penyata bank. * DIKECUALIKAN UNTUK PELAJAR HES.
7. Bukti tempahan kapal terbang.
8. Sijil Anugerah Huayu Enrichment Scholarship (original dan fotokopi).
9. Dokumen sokongan yang lain jika rasa diperlukan.
Kos visa: Sila pm. *dikecualikan untuk penerima biasiswa Huayu.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^