PENGALAMAN TINGGAL DI HOSTEL DI TAIWAN

Hi!

Hari ni cukup 15 hari aku tinggal di asrama ni. Pada mulanya aku hanya menempah untuk 3 malam sahaja dengan harga 333ntd iaitu sekitar RM45 untuk satu malam.

Setelah aku survey, asrama lain ada yang harganya untuk 5 malam sahaja 5,000ntd manakala untuk asrama yang aku tinggal ni 5,000 tu boleh dapat 14 malam. Sangat berbaloi bukan?





Apa yang aku suka ialah asrama ni ada sediakan keperluan asas iaitu ada tempat untuk memasak, peti sejuk, ada ruang legar untuk buat kerja, ada air panas dan sejuk, ada tempat untuk membasuh kain dan sidai kain.

Cuma kekurangannya ialah kekurangan privasi tetapi bagi aku, itu adalah lumrah bila tinggal di asrama. Memandangkan kita semua buat hal masing-masing2. Jadi rasanya tiada masalah.

Aku sangat rekemen untuk tinggal disini jika anda seorang solo traveller.

Lokasinya yang sangat strategik, hanya 300m sahaja untuk ke MRT Red line Sanduo Shopping District. Stesen bas pula yang terdekat hanya 100m, dalam 2 minit sahaja jalan kaki jika anda ingin ke NKNU, Kaohsiung Main station atau Liuhe Night market. 

 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik. Nanti upload lah gambar sekali. Boleh tengok keadaan kat sana jugak.

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement