TIPS UNTUK PELAJAR MANDARIN HUAYU ENRICHMENT SCHOLARSHIP [ STEP BY STEP]

Hi! 

Tips ni berdasarkan pengalaman saya datang ke Taiwan seorang diri dan tahu hampir semua tips ini setelah tiba di Taiwan. Tiada yang kongsikan pada saya sebelum saya sampai disini maka saya tulis untuk memudahkan kawan-kawan yang akan belajar Mandarin disini. Semoga bermanfaat!


1. EASY CARD *optional tetapi memudahkan jika buat.
Easy card ni seperti Touch and Go,boleh dibeli di Family Mart atau 7 eleven. Tapi saya rasa jika anda inginkan koleksi khas, boleh beli di Klook dan tebus di kaunter Klook setelah sampai. 

2. BELI SIMCARD DI LAPANGAN TERBANG.
Lebih mudah untuk berurusan kerana pekerja boleh berbahasa Inggeris. Harga sama sahaja jika beli di bandar. Jika ada masalah selepas beli simcard tersebut, boleh pergi kemana-mana cawangan untuk menyelesaikannya. 

Pilihan telco :
1. Chunghwa Telekom
2. Taiwan Mobile

Harga sama je untuk kedua-dua plan pelajar.
Jangan beli terlalu lewat kerana proses membeli simcard disini tidak sama seperti di Malaysia, mereka akan semak dahulu visa anda bila tamat. 

Jika kurang tiga bulan visa anda akan tamat, mereka tidak beri beli (ini yang terjadi kepada saya kerana saya 'roaming' dahulu sebulan kemudian baru nak beli simcard, tak boleh beli plan pelajar kerana visa hampir mati padahal nanti nak renew juga). Jadi, untuk kemaslahatan anda, beli di airport ye.

Ada dua pilihan sama ada plan 3 bulan (1,800nt) atau 4 bulan (2,300nt). Saya sarankan beli plan 4 bulan sebab mana lah tahu anda nak tinggal lebih 3 bulan kan selepas tamat kelas. Jangan beli plan tourist yang mahal dan tidak berbaloi. 

3. MOHON UI NO. BASIC INFORMATION FORM
Dokumen ini adalah rekod untuk warga asing yang mendaftar diri mereka di Taiwan. Ianya berguna untuk membuka akaun bank nanti dan juga beberapa urusan lain. Ianya percuma dan mohon di pejabat imigresen terdekat anda. Sila bawa passport original dan salinan (bahagian visa).

4. BUKA AKAUN BANK 
Bank yang disarankan buka ialah Chunghwa Post Office kerana ianya dimiliki oleh badan kerajaan dan tidak sulit untuk mohon. Jika buka di bank lain, ada kemungkinan perlu beri lebih banyak dokumen seperti financial statement dan sebagainya.

Klik sini untuk baca panduan lanjut.

Rasanya itu sahaja setakat ini. Saya masih dalam proses menulis mengenai info di Taiwan. Silakan follow dan bookmark ya.



 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement