Bagi yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji, berikut beberapa gadget yang boleh membantu perjalanan bakal duyufurrahman lebih lancar:
📱 Smartphone – sangat penting selain untuk call suami/isteri/ keluarga di Malaysia, penting juga untuk tahu maklumat dan akses aplikasi penting seperti THijari, THhujjah, nusuk, maps, nak book taxi tru bolt/uber/careem, serta aplikasi doa. Tuk tangkap gambar sebagai kenangan di Mekah n Madinah. Saya nak cadangan juga siap2 scan passport diri sendiri dan pasangan dan save dlm phone. (kalau ada emergency senang nanti, selain tu kalau berhajat nak merasa check in di hotel sekitar masjidil haram, pihak hotel akan minta utk lihat passport dan nusuk).
🔋 Power Bank (20,000 MAH) -
Masa dlm flight powerbank mesti letak dalam hand carry ya. Xboleh letak dlm beg yg kita check in. Ada mcm2 brand pineng, remax etc.
🔦 Torch light – Macam saya guna bila lampu bilik semua dah tutup, takmo buka lampu risau ganggu roomate yg dah tdo, so guna la torch light nak gi ke katil. Xnampak jalan risau kaki tersadung beg2 di tepi katil. Torchlight sy dh skali dgn kipas. 😊
📡 Roaming/ SIM Card Lokal -
Saya activate kan roaming line unifi. RM125 untuk 45 hari. Setakat yg saya guna laju je Internet sepanjang kat mekah/madinah.
⚖️ Luggage scale – sangat membantu tuk timbang berat beg masa nak balik ke Malaysia. Risau terlebih berat, nanti kene kuarkan lebihan barang dan susun semula.
https://s.shopee.com.my/5fa6sHv1zu
📞 Charger + kabel phone. Sangat2 penting....susah plak nanti kalau nak charge phone/ power bank.
🔌 Universal adaptor - perlu bawa risau kalau bilik hotel yang kita dapat bukan plug pin seperti di Malaysia.
https://s.shopee.com.my/1qNOJ9UGX4
🔄 Extention wire - nanti kat bilik kita akan share plug point. Jadinya kalau ada extension lebih mudah nak share dgn roomate. Dan waktu masyair nanti pun penting ada extension. Saya beli kt Mr DIY.
❄️ Mini electric fan - bila ada kipas ni sangat membantu untuk redakan kepanasan di sana nanti. Spray muka dengan air zam2.. Pastu halakan kipas... Nikmat betul... 😊
Saya bawa 2 jenis, yg lonjong tu dia ada
3 function, boleh jd kipas n torchlight n powerbank. Lagi 1, bole sangkut je kat leher n adjust halalkan kt muka.
kipas 3in1
https://s.shopee.com.my/7zy1eJWt75
kipas kat leher
https://s.shopee.com.my/6KpnfM1CvL
Sekian, sedikit perkongsian untuk bakal dhuyufurrahman dan semoga bermanfaat. Semoga ibadah haji semua dipermudahkan dan diterima oleh Allah SWT. Aamiin! 🤲✨
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^