Disclaimer : This guideline may not applicable for upcoming year, please do check with TECO.
SEBELUM MOHON BIASISWA
Sila baca dahulu apa itu Huayu Enrichment Scholarship, dan pastikan anda baca yang website Malaysia punya tau. >> EDUTWMY
1. OVERVIEW KOS SEBELUM FLY KE TAIWAN. Dapatkan overview dulu kehidupan anda di Taiwan jika anda berseorangan.
Anda wajib baca KOS PERBELANJAAN DI TAIWAN untuk tahu realiti kehidupan di Taiwan untuk tahu adakah wang biasiswa yang diterima cukup atau tidak.
Setelah anda baca kos perbelanjaan tadi, rasa-rasa anda boleh tak sediakan wang tersebut? Jika boleh, boleh teruskan ke step ke-2.
2. SURVEY UNIVERSITI
Senarai universiti yang menerima pelajar HES >> KLIK SINI .
Dibawah ni pula faktor yang anda kena ambil kira sebelum memilih universiti tersebut, ini saya listkan berdasarkan ranking dari paling penting paling tak penting.
1. FLEXIBILITY BAYARAN YURAN DAN BILA DUIT BIASISWA MASUK
Maksud flexibility bayaran yuran?
- Maksudnya adakah yuran kena bayar full masa hari first register?
atau
boleh tak yuran tu nanti tolak dari duit scholarship je?, kalau uni cakap boleh tolak 50% pada bulan pertama, 50% lagi tolak bulan kedua. Itu tu greenflag!
Boleh juga tanya:
- Duit biasiswa tu boleh tak bagi dalam cash? So tak perlu lah buka akaun bank tapi seeloknya letak dalam bank lah.
Andai kata dia cakap, duit dapat selewatnya 2 minggu selepas daftar, ok onz.
Andai kata dia cakap tak pasti, sila reject sebab anda menempah risiko jika teruskan.
Andai kata anda sudah kenal someone yang pernah belajar di uni tersebut ini dan dia cakap duit biasiswa masuk cepat, tak perlu tanya universiti dah.
2. KOS YURAN Kos yuran ni berbeza tau mengikut musim anda pergi. Selalunya musim winter adalah termurah sebab ada cuti seminggu raya cina so kelas tak sebanyak musim lain. Range yuran serendah 21,000ntd sehingga 34,000 untuk satu semester iaitu 3 bulan. Jauh beza tu, bayangkan anda pergi belajar di universiti yang yurannya 21k sahaja, maksudnya anda ada lebihan 10k untuk dibelanjakan!
3. REQUIREMENT UNIVERISITI
Maksudnya untuk anda mohon belajar mandarin di univerisiti tersebut, apa yang univerisiti tu nak? Ada uni mereka nak tengok bank statement 3 bulan terkini dengan wang sekurangnya USD1,000, ada yang nak anda buat medical checkup dahulu di Malaysia, ada yang nak anda tulis surat study plan dan lain-lain.
Saranan saya, jika anda memang ada USD1,000 tu boleh teruskan tapi untuk medical checkup tu saya rasa ada banyak lagi universiti yang tiada minta benda tersebut. Uni saya tiada apa-apa requirement pun. just hantar je borang dengan salinan passport dan gambar.
4. TEMPAT TINGGAL - anda prefer tinggal di asrama atau menyewa? Kalau asrama, kena bersedia untuk dikongkong sedikit, mungkin ada curfew, tidak boleh masak dalam bilik dan sebagainya. Jika menyewa pula, anda berisiko untuk menyewa bilik yang mahal, jauh dari univerisiti, tiada lif, bilik sempit dan berkongsi tandas dan banyak lagi. p/s: saya menyewa diluar walaupun saya tulis semua ni. haha.
5. LOKASI - Taiwan ni ada 4 bahagian, utara selatan timur barat. Anda nak universiti tengah bandar, pinggi bandar atau yang terpencil? Anda suka life macam kat KL, Ipoh ke Terengganu? Kalau KL, boleh pilih Taipei. Macam Ipoh pilih Kaohsiung atau Taichung. Kalau Terengganu boleh pilih Tainan, Yilan. Benda ni ikut preference masing-masing. Saya pilih tengah bandar tapi bukan yang terlalu sibuk, jadi Kaohsiung pilihan terbaik, universitii saya betul-betul di tengah bandar dan rezeki dapat sewa bilik murah!
Kelebihan ni lebih kurang sama je macam di Malaysia, contohnya tengah bandar, mestilah banyak public transport, makan senang.
6. MAKANAN HALAL - walaupun duduk di tengah bandar ada banyak restoran halal, tapi takkanlah setiap hari nak makan situ? Duit mengalir macam air lah gamaknya nanti. Mesti ada hari rasa nak makan maggi, sardin jer atau nasi bujang.
Nasi ayam geprek di Taipei 250nt manakala di Kaohsiung 120nt. anda pilih nak bayar yang mana..
7. PUBLIC TRANSPORT - ini paling terakhir sebab jika anda tinggal di asrama, anda dah tak perlu dah nak pergi kelas naik bas. public transport ni mungkin weekend je jika anda nak jalan-jalan.
3. MOHON KURSUS MANDARIN DI UNIVERSITI
Ramai yang keliru sama ada nak mohon di univerisiti dahulu atau mohon biasiswa dahulu. Anda perlu mohon di univerisiti dahulu ya sebab anda nak kena attach surat pengesahan pada borang biasiswa nanti.
Macamana nak mohon?
Selalunya universiti sudah ada borang permohonan yang anda perlu isi pada laman web mereka ataupun isi daripada word kemudian emel semula kepada mereka.
Jangan lupa untuk beritahu yang anda sedang mohon HES ni supaya mereka boleh segerakan surat pengesahan.
Ada univerisiti yang buka lambat pendaftaran bagi musim tertentu, yang ini anda perlu tanya dan beritahu TECO dahulu.
4. MOHON BIASISWA
Sementara anda tunggu surat pengesahan pendaftaran dari uni, anda boleh dah isi borang biasiswa kat SINI
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you. WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^