UJIAN MUSIM HAJI SEMASA DI ARAFAH

Hi! 

PERTAMA UJIAN BERCORAK MASALAH :




Ujian kesukaran di Arafah, termasuk:

1. Cuaca Panas Melampau
Suhu di Arafah boleh mencecah 55°C ke atas, menyebabkan risiko dehidrasi, strok haba, dan keletihan melampau.

Cara mengatasi :
-Jemaah perlu minum air secukupnya, memakai pakaian longgar dan menggunakan payung untuk mengelakkan strok haba.
-Jangan lupa membawa kain tuala kecil / muka yang boleh dibasahkan untuk membasahi tubuh, muka dan kepala.
-Jika boleh, banyakkan mandi, tetapi ini hampir mustahil dilakukan di Arafah dan Mina kerana keterbatasan bilangan bilik air.


2. Kesihatan dan Keletihan Fizikal
Ramai jemaah sudah keletihan selepas perjalanan panjang dan ibadah sebelum tiba di Arafah.
Penyakit seperti hipertensi, diabetes, dan masalah jantung boleh menjadi lebih teruk jika tidak dikawal. Kekurangan tidur dan keletihan boleh menjejaskan kesihatan jemaah.

Cara mengatasi :
-Pastikan seminggu sebelum bergerak ke Masyair, Jemaah mengurangkan pergerakan fizikal di luar maktab (shopping, makan-makan kari gear box unta etc), banyakkan rehat, pastikan cukup tidur.
- Dapatkan pemeriksaan perubatan di klinik TH di Maktab, pastikan makan ubat seperti diarahkan doctor.
- Banyakkan aktiviti senaman ringan di dalam hotel. Seperti menaiki dan menuruni tangga, berjalan-jalan sebanyak 10,000 langkah sehari di dalam hotel. 

Bagi mereka yang ada belajar Tai Chi atau Silat, boleh amalkan senaman Tai Chi atau mainan bunga silat. 




3. Kesukaran Mendapat Kemudahan Asas
Tandas dan tempat berwuduk sering sesak dan beratur panjang.
Bekalan makanan dan air mungkin terhad atau mengambil masa untuk diedarkan.
Tempat berteduh yang terhad boleh menyebabkan jemaah terdedah kepada cuaca panas.

Cara mengatasi :
Tiga hari sebelum ke Masyair, ahli Jemaah digalakkan menghadkan makanan dan minuman. Makan bila benar-benar lapar. Minum berdasarkan keperluan air harian. Ini akan mengurangkan hajat kita untuk ke tandas.

Bagi mereka yang ada masalah tidak lawas. bolehlah menggunakan “pampers” , agar ihram dan tempat sekeliling tidak tercemar dengan Najis.
Pastikan anda ada membawa botol Spray wudhuk dan botol Spray wudhuk sentiasa penuh.
Pastikan ada membawa bekalan air minuman (botol 500ml pun sudah cukup)


4. Kesesakan dan Pengurusan Jemaah
Arafah menampung jutaan jemaah dalam satu hari, menyebabkan kesesakan ekstrem.
Pergerakan keluar dari Arafah selepas waktu wukuf sering lambat dan penuh cabaran kerana laluan yang padat.
Kesemua ini akan mengundang emosi.

Cara mengatasi :
Apabila mendapat tawaran Haji, sejak di tanahair lagi, laksanakan perkara ini :
Solat Syukur kerana mendapat jemputan dari ALLAH ï·»
Solat sunat taubat, mohon ALLAH ï·» bersihkan diri kita sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi.
Banyakkan berkhidmat kepada manusia. Khidmat kepada manusia akan mengajar kita bersabar.
Apabila sudah menjejakkan kaki di Tanah suci, cari peluang untuk memberi khidmat kepada manusia dan makhluk yang lain seperti kucing, burung dan lain-lain.
Perbanyakkan sedekah.


5. Gangguan Komunikasi
Liputan telefon dan internet kadangkala terganggu kerana penggunaan tinggi dalam satu masa.
Jemaah mungkin sukar menghubungi ahli keluarga atau mutawif mereka.

Cara mengatasi :
Jangan guna SIMKAD Saudi. Kerana di musim Haji dengan Jemaah mencecah 7 juta orang, credit Top-Up akan bermasalah.
Guna perkhidmatan TELCO tempatan dengan perkhidmatan roaming untuk Haji. Saya guna CELCOM, roaming Haji hanya RM98 untuk 30 hari.(Iklan tidak berbayar untuk CelcomDigi).
Pastikan POWER BANK anda penuh dan cukup untuk penggunaan lima hari.



6. Risiko Tersesat
Disebabkan kawasan yang luas dan jemaah yang ramai, ada jemaah yang tersesat dari kumpulan mereka.

Cara Mengatasi :
Bergerak secara berkumpulan.
Pastikan anda membawa BAG TH, memakai Tag Nama yang diberikan TH. Ini akan membantu Jemaah tersesat mengenali Jemaah Malaysia dan untuk mohon bantuan.
Didik Jemaah Haji jika terpisah dari kumpulan, cari Jemaah yang membawa bag TH dan ikut mereka kembali ke khemah dan diserahkan kepada Pegawai TH di khemah-khemah.
TH pula pastikan, setiap hotel, maktab dan khemah ada petugas atau wakil TH yang boleh menyantuni Jemaah. Mereka perlu memakai satu tanda sebagai petugas / wakil TH.
Jemaah Haji disarankan untuk mengingat lokasi khemah, memakai tanda pengenalan, dan membawa peta atau kad dengan nombor telefon mutawif.


7. Kebersihan dan Penyakit Berjangkit
Dengan jumlah manusia yang besar, risiko penyakit berjangkit seperti selesema, jangkitan kulit, dan masalah pernafasan meningkat.

Cara mengatasi : Amalan kebersihan diri yang baik, termasuk memakai topeng muka bagi lelaki SAHAJA dan menggunakan cecair pembasmi kuman, sangat penting.


Ujian di Arafah akan dihadapi oleh Jemaah Haji selama 24 jam atau lebih. Bagi mengatasi cabaran ini, jemaah perlu membuat persediaan awal, menjaga kesihatan, mengikuti arahan pihak berkuasa, dan mengamalkan sikap sabar serta bertolak ansur.

 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement